….dan andai kamu ketawa~
assalamualaikum…
mulanya sekadar mahu jenguk ruang maya ini sebentar…mulanya hajat merisik keputusan peperiksaan yg rupanya belum di kemaskini…mulanya hanya mahu bertanya khabar dan di khabar cerita…mulanya…
tapi hati ini meronta2 ajak aku ke ruang ini…utk cerita dan jenaka mungkin..hahahaha…aku bercanda sebentar mengambil rasa hati sendiri…bimbang nanti sawang menjadi teman…
pertamanya…segala puji hanya pada Sang Pencipta…Tuan empunya susuk lengkap yg berstatus “pinjam” ini…di beri semula sebuah sihat yg digantung sebentar lantaran jahilnya aku cara yg benar utk di salurpakai…tatkala DIA memberi ingat dgn di cabut nikmat kudrat sebentar barulah tersedar yg selama ini aku alpa bersama “sihat” yg sangat besar nilainya…dan bila di “denda” bersama “sakit” barulah mengongoi rayu…dan ingat benar pada Nya…walhal hanya seminggu…dasar hamba…yg sedarnya entah dimana…terima kasih Tuhan…
yg kedua…semester baru akan bermula…keputusan periksa yg lalu pon masih dlm hitung2 jari dan congak2 kosong…hahahahaha…bohong kalau aku katakan tiada gementar…apapun aku tunggu dan terima kerna sekurangnya aku telah sempurnakan “serahan” kpd DIA…dan urusan aku di sini selesai seadanya mampu…selebihnya DIA aturkan…yg pasti semester lalu bukan pengajian yg bagus utk aku…banyak agenda2 lagho yg jadikan aku peserta…dan fokus belajar sekadar basi2 seorang pemalas…hahahahah…dan mestinya keputusan tak memuaskan…itu pasti…peritnya mahu terima ini wahai amar arafat…isk3…
ketiga…aku selalu terfikir di atas segala payah dan jerih…di setiap kurang dan rompong…sedang di sebalik itu apa? butakah aku utk meneka? …lantas cepat aku berfikir sekali lagi atas segala nikmat dan hikmat…di setiap gembira yg dilimpah…dan di sebalik itu apa? sekadar mahu aku ketawa?…atau akhirnya manusia berkonklusi…itulah karma…itulah hidup…sedang akal waras itu utk apa?
…jangan lah terlalu sedih bersama musibah dan duka…mungkin disana ada kafarah yg mahal harganya…janganlah sampai berdekah dan terkinja ketika nikmat di hidang limpah…mungkin disana di selit jerat istidraj yg hina …nauzubillah…sedang semua tahu “rujukpandu” itu lengkap tersedia …apa lagi mahu di sungut dan di tagih?
dan terakhir…aku sedar sukar nya utk menjadi yg “baik”…aduh..susah amat…kadang aku terasa selesa banggakan pada dosa2…dan terasa gelodak nafsu ini ingin cuba segala macam perasa…dan ini ada waktunya buat aku seronok amat…namun jauh di suatu sudut…betapa aku ingin menjadi seorang manusia …”yg soleh” di sebut nabi…walhal tahu, aku masih terbeban segala potensi dosa dan air mata yg semakin membeku…di sana mungkin ramai yg cemuh dan tertawa semahunya tatkala memaku mata pada setiap nukilan2 buruk aku dan impian malaikat kononya… bersama senyum sinis dan bisikcerca…
kawan…bukan utk aku jaja dan menjadi hidangan basi…hanya cuba membaikpulih diri…tak mengapa…andai kamu ketawa…semua pon manusia…dan cuba sygkan semua…huh~
tetapkan lah aku dan mereka bersama MU…kami pohon ya Allah…
Uncategorized | Comments (2)tika sakit itu indah~
assalamualaikum…
hujan masih belum mahu berhenti..terus menggila…aku juga ikut menggila disini… dapat aku rasakan sumsum tulangku digigit halus dek sejuk dan dingin…minda terasa membeku…dan segala sendi di sengat kesakitan…mukus semahunya keluar dari rongga hidung dan kerongkong bagai di limpah banjir lendir yg jadikan aku di rebah oleh semua simtom ini…aku demam…
jika di congak dan dihitung2 lama benar rasanya tidak diberi sakit…dan hari ini bila rasakan sebuah “demam” terasa seakan tak tertanggung dek badan sendiri…mahu saja dihantuk kepala ke dinding agar lega segala sakit pening…seakan rela di bakar api agar panas dapat mengganti sejuk meribut ini…dan ingin saja aku ranap segala sendi2 sengal yg beri kepada segala sakit perit ini…maka terpamerlah segala lemah seorang manusia tatkala DIA menguji sebentar dibanding nikmat melimpah yg dicurah…
tatkala lemah begini…akal menjadi dungu dan lembab sekali putarnya…hati menjadi rapuh dan mudah sekali teransang daya sentuhnya…dan segala laku dan gerak di batas sebuah tenaga yg amat terhad…tika diberi pada sebuah kesihatan dan saji dengan segala girang dan senang…lansung lupa utk dongak ke langit…terus leka, mana punca kuasa dan dari mana dipinjam kudrat…rasa kuat di jaja dan rakus segala sendi berkinja dan tinggal segala panduan …sampai sakit itu menggigit…dan saat itulah teraba2 pada sebuah nikmat dan rahmat…masa inilah baru terkenang pada dosa dan kurnia…barulah terucap di bibir mungil nama2 harum yg Esa…
kerna sebuah kesakitan ini, aku terilham membuat analisa dan tafsiran segala erti…apa itu sakit…nikmat…kasih syg…ingatan…dan pengampunan…tanpa sebuah “sakit” mana mungkin aku tagihkan sihat..dan pastinya DIA akan aku cari dan rayu…sekurangnya saat ini aku duduk hampir dan ada masa interaksi bersama DIA…dan betapa DIA sendiri mengatur sebuah temu janji indah dengan di beri aku sebuah tiket “sakit”…dan tika aku panjatkan sebuah doa dan melihat pada keruhnya telapak tangan…betapa DIA masih ingin kafarah segala dosa lantaran campakkan aku sebuah hadiah”sakit”… terasa begitu malu bila hati ini masih meronta pada kebah dan sihat…
akhir rasa ini…teringat semua teman2 tercinta…ingin kah kalian menggenggam tangan ini dan menyalur kehangatan untuk aku berdiri dan berdekah semula…indah rasanya…hahahaha…aku yg kadang pendek akalnya….siapa mahukan kamu yg sakit dan lemah…sedang mereka masih ramai kepentingan yg kuat dan mampu berikan riang dan gembira…kamu hanya mampu berikan sebuah jangkitan dan beban…cukuplah berangan…berpimpin lah bersama DIA…mana mungkin DIA lepaskan genggaman…itu pasti….tika kamu sakit dan segar…namun, kamu si pelupa…mampukah kamu kesitu???
dan tika itu sakit begitu indah….
…game Over…selamat bercOtee~
assalamualaikum…
tika dan saat ini… jam 4:30 am…masih belum mahu lena…kotak fikiran bagai pita wayang gambar yg diputar kebelakang…mengimbau segala cerita dan lakonan sepanjang satu semester pengajian…satu persatu watak dan babak lepas seolah dimain semula dan memberi imbas pada segala cerita lalu..hahahaha…dan pagi ini yg akhir buat aku di sini sebelum memberi akhir pada sebuah episod esok…serasa bagai berat utk tamatkan “siri” kali ini…kerna plot cerita agak berwarna warni di hujung2 naskah…”happy ending” barang kali…
sebetulnya aku sendiri tak tahu apa yg mahu di karutkan disini…jika mahu aku repek dan raban dengan segala cerita2 lepas pasti kalian mual dan loya jika asyik di ulang dan di main semula…aku juga…hahahahaha…jadi…yg berlalu itu biarlah menjadi ramuan indahnya hidup…mana mungkin lazat masakkan jika hanya air sahaja di rebus…mahu juga “manis” gula dan “masin” garam di tumis sama…perlu ada “pedas” cili…”masam” cuka dan “pahit” rempah di campak dan di gaul sebati…baru terhidang enak sebuah santapan…dan berterima kasih aku kepada kalian atas segala awah…ramuan dan resipi yg kalian tumiskan…tidaklah tawar dan kelat jalan2 aku nanti…
cuti…belum ada cadang2 apa dan apa yg bakal aku caturkan…mengharung hari2 seperti seorang “raja” mahu kepada bosan teramat…di campur kemelesetan ekonomi diri yg meruncing…cuti kali ini takdirnya aku menjadi dara sunti di rumah…huhuhuhuh…dulu aku juga yg mahu rehat…manusia memang jarang bersyukur…ada saja mahu di rungut…mulut masih mengunyah tangan sudah menadah…tika di beri beban kerja, sibuk menagih pada rehat dan lenang…bila di beri cuti dan rehat…masih juga mulut mengomel…manusia mana pernah puas…terasa haloba pada nikmat Nya…inilah barah paling bahaya…
akhir2 ini…seronok dan terhibur benar aku bila telinga didendang lagu nyanyian “faizal tahir” berjudul “cuba”…seolah cerita itu di tulis aku…hahahaha…semua rasa yg teradun seolah di alun dek lagu ini…ada kesempatan kalian dengar2 kan lah…sekurangnya jadi halwa telinga…dan andai melayan, bayang2 kan lah aku di situ…ada mesej dari aku barangkali…hahahahaha…karut…
di kesempatan suntuk ini…rayuan ampun maaf dari Amar Arafat Ramlee atas segala dosa dan khilaf yg termakan sempadan dan ruang hidup kalian…sedar atau tidak…jaga atau lena…sayang dan cinta aku utuh utk semua sahabat…
Faizal Tahir - Cuba
Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Untuk sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu
Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Tuk sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu
Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
sem-pur-na~
assalamualaikum…
mencoreng erti sempurna umpama mengukir wajah di air…refleksinya zahir tapi mustahil di lukis di muka air…
sempurna adalah angan setiap yg hidup…mencanang ingin jadi sempurna…hidup sempurna…dan segala macam impi indah dan cerita di karang bagi melukis sempurna…hakikat nya sekadar menjaring mimpi…sempurna itu mustahil bagi manusia…
aku yg hidup ini selalu mencerap peta dan mencangkul tanah rahsia untuk mencari sempurna…bersama segala cerita reka yg di alunkan penglipurlara tika ulit lena si kecil dan menghibur hati si duka…dan tika itu aku percaya bahwa aku bisa sempurna…namun kini hakikat memberi khabar ke gegendang dan kornea serta segala deria bahwa aku sedang berpijak di dunia dan bukan di syurgaloka…di sini tempat menimba, bersusah dan mengumpul bukan lenang dan berpuas hati…sempurna?? hanya satu frasa yg dicipta dan aksara yg menjadi kan aku dan manusia bercita menjadi dewa dan hanyut bersama aqidah falasi…
masih menampi makna sempurna…pernah aku terdengar bualan taulan…
“kita bukan ingin sahabat yg sempurna..tapi sahabat yg bisa jadikan kita sempurana”
manis dan lunak di dengar…cukup jadikan hati berasa sejuk…namun bila aku ayak kembali…benarkah kita bisa cipta sempurna?? apa guna Dia menghampar dunia jika sempurna adalah nyata… dan nanti syurga dan neraka itu untuk siapa?? sang Maksum tercinta juga tidak pernah mendabik katakan dia sempurna…kerna sedar dia juga dicipta dan punya Tuan disana…dan kita beria inginkan sempurna…siapa mahu beri?? pergilah cari di pasar..barangkali ada di jual…hahahaha…
dalam meraba…aku teringat bersama ilmu yg setitis…hanya Al-amin tercinta pernah “menyempurna”…memberi sempurna pada sebuah kehidupan…segala denyut dan hela kita hari ini bersama sebuah kesempurnaan…Ad-din yg disempurna bersama darah dan juang maut…yg hari ini menjadi talian kita bertemu Dia…jalan yg diturap oleh utusan tercinta buat temu Pencipta dan nanti jika di izin Dia…kita hidup sempurna di Firdausi dan Naim…huh…aku yg selalu berangan walhal belati masih di tangan…
tuntas aku menganyam simpulan…aku di sini bukan di cipta utk gembira dan gelak ketawa…duduk…baring dan rehat…segala rencam yg di rasa ini adalah ujian utk di laksana…dan segala beban ini adalah kerja dan tugas untuk di timbangtara…”nanti disana gaji kamu dibayar…siapa mahu berikan kamu ganjaran walhal kamu bersenang dan kerja terbengkalai…kamu hamba…masih lagi mahu bersungut…” dan SEMPURNA itu lah beza makhluk dan PENCIPTA…dan saat ini terasa amat berdosa dan hina kerna inginkan sempurna sedang nikmat tidak pernah terputus…betapa lemah dan lupa…dan saat ini baru aku teringat janji Nya…
“..Disetiap kesukaran itu pasti ada kesenangan..” -al insyirah-
cacat cela..hina dan camping itu kita…sempurna itu hanya DIA…
Uncategorized | Comments (4)berpijak atau terapung??~
assalamualaikum….
berlipurkan bait indah semalam..berlarakan kenangan riang lalu dan berangankan keindahan esok mmg seronok..tapi itu sekadar idea penulis utk mengubah isi cerita menjadi angan dan impi si pembaca…atau reka si pengarah utk melaris karya dengan segala rencam dan melankolik rasa…realiti??
kadang aku terasa di awangan kerana gembira mengubah teori graviti…terapung dan terbang dan lupa dimana bumi…gembira di campak oleh DIA kadang menjadi nikmat…kadang utk di igt…dan tatkala kita pegun…di saat itu kita perlu igt dari mana bersumber segala rasa dan nikmat…kerana itu kadangya aku lupa berfikir ttg DIA…dan tika lupa itu graviti berpusat normal… dan aku jatuh ke bumi…rupanya ada erti sakit…jatuh dari awangan kerna terbang terlalu tinggi…itulah sakit dan parah…
bila kaki jejak di tanah…disana ada segala macam rasanya…bukit yg perlu di daki…kadangya jurang…ah..terpelecok dengan kaki sendiri…tersadung batu dan tunggul…kerikil tajam dan duri menggigit…itu realiti…itu rentaknya tapak dan aturnya hidup…jalan dan terus berjalan…namun disana tersedia alur alir nyaman…pohon rimbun dan padang bunga saujana…tempat rehat dan bermain…segar dan redup…itu cara DIA mengajar aku…mengatur pada qada’ku dan menyusun pada qadar ku….ah…aku yg selalu lupa “daratan”…mudah benar terapung tatkala gembira dan bersorak bersama mereka…walhal mereka hanya bersama ketika di awang…tika pijak di bumi?? aku jalan seorang…
hari ini aku sedar bidalan itu benar…kiasan itu tepat…”jangan lah terbang terlalu tinggi…nanti jatuh parah dan sakit” dan selalu ingat….”berpijak di bumi yg nyata”…
…hanya DIA peneman sejati…
Uncategorized | Comments (4)ber…bOlOx~
assalamualaikum…
tika aku menconteng disini…cerita ini disulam petang…sempadan antara siang dan malam…petang bertemu senja…dan tika ini juga aku rasakan senja kala d hati sendiri…suram dan jingga…
hari-hari aku penuh dengan keluh dan kesah…kadang nya dalam sehingga ke dada..tikanya tersekat di kerongkong..berserabut dengan segala beban dan makneka di pundak…dari ubun sampai ke hujung kaki…berpura dengan senyum kelat…tidak bersyukur kah aku pada segala nikmat sampai bersungut dan mengadu begini??…terasa jahil bersama ilmu yg setitis ini…
sekelilingku adalah manusia bervirus…hipokrasi…benci…jelingan tajam dan muka-muka cemuh itu membuatkan aku fikir atas apa yg telah aku korbankan…apa yg aku curahkan…dan semua yg aku ilhamkan…akhirnya aku yg tersisih bersama sendiri yg pedih…tidak ikhlaskah aku atas segala bantu dan tolong ku…korban dan kasih ku??…terasa bodoh ungkit atas segala yg d hulur sedangkan segala bersumberkan DIA…
aku mahu selangkah melangkau sempadan…bosan duduk d garisan antara…mahu dimekar bauan gembira…yg terhasil dari tangan2 taulan tercinta…ak mahu bersama ku gelak ketawa tanpa topeng bohong…aku mahu yg seperti dahulu kala…tapi rasa2 nya seperti mustahil dalam demensi kini…yg hanya bergelut dengan potensi duka…dan tangan2 menjatuh dan mata-mata membenci…huh…terasa berdosa atas segala keinginan seolah haloba atas nikmatNYA sedang yg ada itu memadai…
tuntas aku ingin mencuba satu formula yg baru…mungkin boleh mungkin tidak..sekadar eksperimentasi diri…jika elok jadikan hijrah…jika tidak… mungkin aku terhanyut di fanstasi…bersama satu frasa “PERSETANKAN SEMUA”..mungkin sudah sampai masanya mereka tidak lagi perlukan aku…jd untuk apa aku menyakitkan mata…menorek telinga dan meremuk rasa…pisahkan keinginan untuk nikmat yg besar…
aku masih teraba atas konklusi jiwa ini…mungkin aku belum bersyukur…hilang ikhlas atas seorang pendosa???masih ber…”bolok”~
Uncategorized | Comments (4)selamat hari raya eidul fitri~
assalamualaikum…
ucapan buat semua sahabat sejati dan teman-teman akrab dari bermulanya langkah hingga tiba di destinasi kelak…
buat teman-teman sepermainan…teman ketika masih hingusan…teman membesar..IRFAN..POJAT..ZUMIE..AME..dan semua team bt7..zaman hingusan aku sangat indah bersama kalian..thanks~
sahabat-sahabat yg mengajar aku mengenal hidup dan kedewasaan…dari anak kecil menguak pintu remaja..APAI..yg ada ketika payah dan gembira..penyejuk hati di kala payah..JUMIE..ALIP..MAJID..MCNIH..dan semua rakan-rakan zaman persekolahan..untung aku bersama kalain..gelak tawa dahulu selalu menjadi penyeri utk terus kan jalan ini..sakit dan berdekah bersama..selalu rindukan saat2 dahulu..thanks~
sengaja aku tinggalkan si hebat ini(special la kunun2)…yg banyak mengajar dan membantu aku..yg selalu membuat aku teringat zaman kegemilangan persekolahan..hahahah..yg aku kagum dan banggakan pada hari2 aku sekarang..USENG LEMPOYANG..hahahaha..jauh nun di perantauan..hari ini aku pecahkan egoku untuk katakan…”reh..rindu gilo ko mu”hahahahah…thanks a lot…~
sahabat-sahabat ketika baru mengenal kedewasaan..yang mendorong dan mematangkan aku..memberi kenyang ketika lapar..memberi ubat ketika sakit..AMET…thanks a lot..yg menghibur di kala duka..SYAPIK..TUKI..TOPA..NYOT dan smue angkatan ketika diploma dahulu…DEL..LYM..DIYA..PAH..FATIN…thanks~
sahabat-sahabat ketika jalan-jalan ku semakin payah…ketika lampu-lampu jalan semakin malap…membawa suka duka..teman gelak ketawa..EWAN J… ACAI..DIKON..PANJE…APON..penambah perisa..asam dan garam..team futsal FUHA..dan semua warga FUHA…di sini aku bermula..bersama kalian..thanks~
istimewa buat SEK KITO..yg pernah berdekah bersama..berkongsi cerita dan kenangan indah..BECK..PUYAK..APIH..EPISH..NOPI..POG..POKCEK..MCNIH..thanks~
terakhir dan teristimewa…buat penyejuk hati..pengubat kalbu..pengarang jiwa…EKIN..semoga segala yg di impi di redhai Allah dan segera termakbul…ameen..thanks~
buat semua sahabat-sahabatku…teman-teman baikku…terima kasih atas nilai sebuah persahabatan yg mahal harganya ini…aku sangat menghargai setiap baja yg kalaian taburkan dalam tautan ukhuwah ini…pada kesempatan yg molek ini…aku merayu memohon ampun dan maaf..jika pernah aku terguris dan memberi sakit pada kalian..pernah terusik hati kalian…pernah tidak bersetuju pd kalian..dan segala macam yg perlu kepada sebuah kemaafan..pohon sejuta keampunan atas segala khilaf..halal kan setiap inci daging yg tumbuh dari badan aku andai bersumberkan kalian..terima kasih yg teramat..
juga buat semua yg pernah bergelar teman dan rakan…sepanjang perjalanan panjang ini…yg pernah bersapa n bertegur..duduk dan bersembang…berkawan dan bergaul…yg tak tersebut namanya…harap d maafkan segala tanggungan dosa ini yg ternisbah atas kalian…terima kasih..
yg lemah itu aku..yg HEBAT itu DIA..aku doa kan semua bersama redha dan rahmat Allah…ameen..
Uncategorized | Comments (10)…..SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI…..
amar arafat ramlee~
assalamualaikum….
“izinkan aku memintal aksara dari pantulan sepi sang hati…”
Di setiap kesedihan ini…
kuimpikan sebuah kesuburan hati…
membajai setiap kegersangan dan gundah…
menjadi alur alir yang dingin…
Di setiap kesedihan ini…
ku titipkan sebuah kerinduan shadu…
pada saat yang selalu melambai riang…
tika wajah-wajah akrab itu seri di hati…
saat girang tawa menjadi teman bersenda…
Disetiap kesedihan ini…
ku lihat debu-debu hikmah di lumpur duka…
ku himpun payah dan ku raut ke muka…
ku ayak halus dan ku lumur sempurna…
menjadi sesuci halal tayammum…
Di setiap kesedihan ini…
ku perhati setiap inci saujana…
ku teliti setiap bibit aksara…
hanya terpamer lakon dan memekkan palsu…
bersama bait-bait bohong dan syair dusta…
berjalan di setiap noda…
berkejar menghambat dosa…
Akhir kesedihan ini…
ku ukir santun sejambak doa…
letakkan dahiku pasrah pada sesujud…
sepi dalam bicara rabbani…
mengaku diri hamba bersama linangan sesal…
pohon di simpan untukku gembira…
la tahzan wala takhaf…innaAllaha ma’a na…ameen……
amar d narcissus : 2.30 a.m
19 Ramadhan 1429h
19 September 2008
Uncategorized | Comments (2)sek kitO~
assalamualaikum…
edisi kali ini aku nOk kecek klate…dialek yg menjadi lingua franka aku tikO2..hahahaha…aku saye bena kO klate..hahahahah…pOst kali ni xdOk la ayak jiwO2 pO skalO…edisi khas n istimewO kO sek2 kitO..
cOti nOk abih dOh..pahni start kelah dOh eh…tikO mulO2 cOti bauni aku dOk igt cOti kali memey bOsey dOk tahu nOk wak gO skarO…nOk jd critO…keh nyO bOsey do’Oh dOk ghumOh..aku pOn cedey2 la nOk g lepOk umOh jumie+mcnih kat s.alam…sek diO Oyak pindOh dOk umOh baru..kOndO bena..nOk nera etek…ajat mulO2 nOk dOk meta jah…hOh la..aku pOn dOk kenal manO saing2 diO hOk lain tuh…kenal nyO jumie nge mcnih jah…adO sOre lagi hOk kenal…budOk kOlOh maahad jugOk mulO..tp dOk ajing tegO..kehnyO diO tu srupO tOksey saing jah nge aku mulO…hahahahahah…
pah aku pOn g la umOh sek diO…besa..cOmey..aku pOn wak2 la ramah mesrO nge hOk aku dOk kenal…termasOk la hOk budOk kOlOh aku hOk "sOmbOng" hOk aku Oyak mulO…huhuhuhuh…aku try la tegO+wak2 baik…pahtu aku tgk diO Ok…hahahah…dOk la sOmbOng manO srupO hOk aku pk…hOk lain2 pOn Ok…aku pOn mikey…baik2 sek umOh ni…hahahaha(bukey ayak ngempOng@main angin deh)..sO dari hari ke hari aku memey enjOy gilO la dOk umOh "kristal" tuh…payOh nOk jupO saim2 hOk baru kenal+(lamO kenal tp dOk ajing tegO) hOk wak baik gitumO kat aku…serO pO d hargai la…hahahahahah…aku pOn mengambil keputusey utk melanjutkey tempOh bermastautin aku d situ..sapa la genak sebuley…hahahahah…pagi2 saing2 dOk kuca aku tidO..duwa mOlek..hahahahah..bgun makey aye kfc…g makey nasik aking…main kad sepukOl…saing2 main angin(esp:puyak)..hahahah…tp sronOk…petey2 g main bOla d serOja nge sek umOh bOwOh…maley2 g makey d gembirO+bersamO…ari rabu g pasa maley…tgk eurO..dOk tdO pah pagi…ari minggu g main futsal d frenzy+bintang…sunway lagoOn..tenis..putra jaya…dOk ajing bOsey…n sO lagi…x-cident+ eric leOng…hahahaha…srumO bendO ni wak aku rindu kO sek2 kitO…shial la…sedey gilO~
kepadO srumO "sek2 kitO"…jumie..puyak..nOpi..mcnih..pOg..epish..apihachick..pOkchek..+sek nyepa pO aku..apai yg d sayangi…thanks a lOt…byOk aku blaja dari sek2 mu…erti persahabatan…susOh seney…sukO+galOk…ganO nOk jd saing ngOti…huh….cOti kali ni aku bulih saing2 baru…saing2 baik hOk sOkmO wak aku sukO..dOk ajing serO srabuk…gapO2 sek kitO jgn pecOh…thanks…tObak rindOo kO sek mu…hahahahah…gOod luck blakO sek kitO~
Uncategorized | Comments (11)it was..
assalamualaikum…
kebosanan mendorong aku utk menulis…hahahaha…lama tak menjenguk d sini..ruang yg selalu beri aku kesempatan dan peluang…d luar,jarang kehendak aku d penuhi..kurang yg berikan peduli..kerana masa dan keinginan membuatkan mereka terhambat..kepentingan membuatkan kita tertinggal..syukur d setiap nikmat yg d teguk..segala puji hanya bg Mu..
dalam moOd bercuti…duduk..baring..tidur..bangun dan makan…hahahaha..rutin dan jadual yg biasanya memenuhi hari-hari aku..berhiburkan ketawa dan teriakkan adik2…kadang kala bosan dan ada masanya seronok…manusia mmg jarang bersyukur dan menghargai apa yg ada…bila hilang baru sibuk d kenang2..alangkah baik nya begini dan begitu…hahahahaha…cuba utk tidak begitu..jd aku akan nikmati sepuasnya setiap detik ketika aku d beri rehat ini…tarik nafas sepuas dan sedalamnya…atmosfera terbaik….
imbas kembali setahun sesi pembelajaran…hahahahah..pastinya banyak warna2 yg tersimbah…tercalit dan terkesan…pengukirnya sudah tentu kamu semua…terima kasih atas segala kenangan dan cerita-cerita semalam…yg molek aku simpan dan jaga sebaiknya..selebihnya begitulah…yg berparut itu pun biarlah..pengajaran barang kali….buat semua pelakon2 cerita…cerita kita masih panjang…pastinya babak-babak akan bertukar..mungkin kali lepas kita menjadi handalan namun nanti siapa yg tahu…jgn sedih bila menjadi si cacai pula….huhuhuhuh…Sang Pengarah itu Maha Adil…
aku yg suka berfikir ttg nanti…nanti bagaimana??nanti siapa??…bagus fikirkan yg d hadapan..tp ketakutan selalu awal bersarang..kerana pastinya d hadapan itu berbeza dengan yg d belakang…dan kadang nya tidak seperti apa yg d kira2…jadi aku harus bersedia hadapi segala NANTI aku…bagaimana pun terima dan berjalanlah dengan bangga dan redha kerana itu aku d takdirkan…jgn harapkan pada yg tidak mahu dan tak perlu tunggu pada yg tidak pasti…kerana bersabar membuatkan kita untung…teruskan bertenang…hahahahahaha…
bila semalam hanyalah mendung..hari ini tentu seceria mentari…hari esok akan secantik pelangi dan seterusnya aku d pimpin bidadari…ameen…aku akan selalu bernaung pada Mu…..janji…
Uncategorized | Comments (5)